Ni gambar time tracking nak turun dari Taman Bukit Utama
Ramai beratur tunggu giliran nak panjat bukit.
Pada awal pagi 6/12/2008 yang lalu. Time tu tengah tido. Terkejut dengar dentuman kuat yang awalnya dikuatiri bunyi halilintar, selintas tersedar dan melihat dalam rumah sudah gelap gelita. Termenung sekejap sebab dengan konfidennya tadi sebelum tido lampu tidak dipadamkan. Mungkin disebabkan kilat kot. Tido balik. Baru nak lelap balik, kemudian dapat panggilan dari kawan yang baru nak balik rumah.
(kawan) "Nak naik macam mana ni tanah runtuh".(aku) "Naikla ikut jalan satu lagi kan ada dua jalan naik". (kawan)"Masalahnya dah naik sampai surau ni..yang runtuhnya selepas surau ni..abis dah rumah-rumah besar tepi jalan ni" (aku)"aaaaaaa" (kawan)"Macam mana aku nak naik" (aku)"Macam mana aku nak kluar...kunci kat korang" (kawan)"itu lah".
Itu lah sedikit sebanyak perbualan antara ngan kawan yang balik dari jenjalan awal pagi hari kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa hari tu.
Apapun selamat Hari Raya Qurban..

No comments:
Post a Comment