Fuhhh..lega rasanya dapat keluar dari JB. Menghabiskan cuti selama 2 minggu beraya dan berjumpa kawan2. Dalam kemeriahan nak bercuti akan ada saja dugaan yang mendatang. Biasa itu lumrah hidup dan menandakan aku masih lagi bernafas.
Tamteh pun kini sudah kembali kepangkuan, setelah 4 bulan berada di kedai akibat kerja pencuri motor yang tidak bertauliah. Dapatlah balik raya dengan senyum, tak mahu peristiwa sama di raya tahun lepas berulang kembali.
Dalam pada itu, perasaan ini tidaklah terubat sepenuhnya. Dan aku pun heran dan tidak mengerti apakah lagi perlu aku lakukan untuk menyakinkan dia dan mencairkan hatinya yang membeku itu. Aku masih tertanya adakah pertanyaan @ permintaan aku pagi itu terlampau berat atau mustahil untuk ditunaikan.
Itu pun setelah aku dengan sabar menunggu menanti hampir 4 tahun lamanya. Dan ada kalangan kawan2 aku mengatakan yang aku ini gila kerana membuang begitu banyak masa tanpa aku mengenali dengan siapakah aku bersama. Sejujur aku hanya tidak mengenali fizikalnya sahaja, itu pun mungkin bentuk rambut dan warna kulit. Mungkin. Aku rasa dari segi perasaan, citarasa, mood, perubahan mood dia, dan rutin2 dia telah banyak yang aku tahu dan mungkin telah khatam.
Aku rasa aku perlu berhenti di sini. Aku nak cuti dengan tenang, untuk melupainya adalah amat mustahil.. kerana dia merupakan seorang yang amat istimewa yang pernah hadir dalam hidup aku, Tinggi anggan aku padanya. Ikhlas aku ceritakan di sini mungkin melebihi dari aku mengingati Maa aku sendiri. Dan itulah, mungkin adanya kesilapan di sini dalam aku mencorak atau mungkin memang dia masih begitu. Maa maafkan anak mu ini.
karna sekali cinta, aku tetap cinta

No comments:
Post a Comment